Amway ni MLM. 

Amway ni kayakan orang atas. Orang bawah tak dapat apa.


Anda tentu biasa dengar dengan stereotaip macam ni kan? 


Saya tak salahkan mereka sebab berpandangan macam tu. Maybe sebelum-sebelum ni mereka pernah join MLM dan ditipu oleh upline atau sistem MLM tu sendiri.


Atau mereka belum pernah berbisnes, dan belum tahu tentang Amway. Hanya dengar-dengar dari kawan, saudara mara atau terbaca dari mana-mana blog dan lain-lain.



Untuk menjawab persoalan di minda anda yang mungkin baru nak kenal tentang bisnes amway, jom saya terangkan dengan bahasa yang mudah tentang perniagaan Amway dari sudut pandang saya sebagai orang Islam. Buka minda dan teruskan membaca.


Kenapa saya join bisnes amway? 


Tiada Riba


Amway tiada riba. Bermaksud, Amway tidak kenakan sebarang caj extra jika kita berhutang. 


Saya bagi contoh produk viral Amway iaitu NOXXA Low Sugar Rice Cooker. Harga dia RM765. Amway ada offer 2 jenis pembayaran ansuran iaitu Zero Interest Payment Plan (ZIPP) dan Buy Now Pay Later (BNPL).


Kedua-dua jenis bayaran ansuran ni takde interest. Meaning tiada riba. Kalau untuk ZIPP, anda boleh bayar 6 atau 12 kali bayaran. Kalau ambil 6 bulan, sebulan bayar RM127.5. Macam tu la jugak kalau amik 12 bulan (RM63.75 sebulan).


Buy Now Pay Later (BNPL) pulak bayaran ansuran guna Atome dengan 3x bayar, tiada interest (0%). Bayar RM255 setiap bulan. 


So tiada extra caj walau kita bayar cash atau kita beli secara ansuran.


Sistem yang Adil


Actually tiada istilah "kayakan upline" dalam Amway. Sistem Amway sangat adil. Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat lebih.


Sebagai contoh, Ali adalah individu yang introduce Amway kepada Abu dan Abu join jadi ABO. So Ali adalah upline kepada Abu dan Abu adalah downline kepada Ali. Upline dan downline ni just term saja. Tiada kena mengena dengan income masing-masing.


Amway guna sistem pangkat start dari silver producer hinggalah founders crown ambassador. 


Dalam Amway, anda akan jumpa ramai, malah tersangat ramai downline yang ada pangkat lebih tinggi dari upline. Bila makin tinggi pangkat, makin banyak lah income mereka.


Dalam Amway, tak kira anda jutawan, anak menteri, doktor atau cleaner, kalau anda nak buat bisnes Amway, anda kena mula dari ABO. 


Walau anda ada banyak duit sekalipun, anda tak boleh beli pangkat dalam Amway. 


So semua yang nak mula bisnes Amway ni akan bermula di stage yang sama dan 1 jenis yuran keahlian saja iaitu RM60 setahun. So semua orang akan bermula daripada zero dengan peluang untuk dapatkan reward dan bonus yang sama rata.


Untuk naik pangkat dalam Amway, of course anda dinilai dengan total sales. Sape yang rajin buat sales, cepat lah dia naik pangkat dan lebih banyak bonus yang dia akan dapat. Tak kira dia downline atau upline. Namun, dalam Amway, sales bukanlah yang utama.


Teamwork Teras Utama 


Jika anda buat sales semata-mata dalam amway, memang boleh naik pangkat tapi maksimum anda boleh pergi adalah pangkat founders ruby sahaja. 


Sebabnya dalam Amway, untuk naik pangkat yang lebih tinggi, anda kena bantu downline anda jadi seorang yang berjaya.


Anda kena bimbing downline untuk dapat income sama macam anda dapat. Sesuai la macam tagline Amway "Helping people live better lives". 


Anda bukan saja tolong mereka guna barang yang jimat dan berkualiti tinggi je, malah anda tolong mereka dapatkan income supaya kehidupan jadi lebih baik.


Sebagai contoh, kalau anda bantu dan guide dua (2) orang downline buat sales, bina team dan berjaya capai pangkat platinum, anda akan dianugerahkan pangkat sapphire. Kalau anda bantu dan guide lagi downline dan 3 daripadanya naik pangkat jadi platinum, anda akan dianugerahkan pangkat Emerald dan seterusnya sampai ke atas.


Amway kurniakan pangkat ni bagi menghargai usaha anda mendidik downline agar terus berjaya macam anda. Adil kan?


Keadilan dalam Amway


Boleh ke Downline Potong Pangkat Upline?

Jom saya kongsikan antara yang berlaku dalam Amway.

Dato Dr Noor Azmi (mantan timbalan menteri kesihatan 2021-2022). Pangkat beliau dalam Amway adalah diamond dan dia punya upline pangkat emerald iaitu 2 pangkat di bawah diamond even upline dia adalah antara 4 orang terawal join Amway di Malaysia. Ini disebabkan beliau aggresif dan membina network dengan cepat. That's why dia punya income lebih tinggi dari upline.

Sama juga untuk Diamond Abdul Jalil. Dia punya upline pangkat platinum. 8 pangkat di bawah dia. Ada beribu lagi contoh macam ni dalam Amway. 

Asalkan anda rajin, lebih ramai downline yang anda groom dan bantu untuk berjaya, insyaAllah lagi cepat anda naik pangkat, tinggi income dan rewards anda dapat.

Amway kan guna system piramid


Betul. Even mana-mana organisasi di dalam dunia atau di Malaysia pun menggunakan sistem piramid. Ini normal. Mana ada yang atas lebih ramai dari yang bawah. 


Rajin & Komitmen Kunci Utama


Dalam satu organisasi memang ada seorang tonggak company, dan ade di bawah dia manager, bawah lagi staff sokongan dan seterusnya.


Dalam organisasi normal, anda rajin macam mana sekalipun, income anda mustahil melebihi gaji bos atau supervisor anda. 


Ini berbeza dengan Amway. Even anda downline, jika anda rajin buat sales, groom new ABO jadi hebat, income anda pasti akan lebih tinggi dari upline (leader).


Produk Halalan Toyyibban


Produk Amway juga di iktiraf oleh JAKIM dan badan Halal sedunia. Amway sangat transparent dalam penghasilan produk dari tanam, proses, R&D sampai lah ke tangan pengguna. Semuanya ada direkod. Anda sebagai pengguna boleh trace dari batch mana produk yang anda ambil.


Amway juga mendapat pengiktirafan dunia dengan mengoperasikan ladang yang disahkan organik. Bahan-bahan produk Amway tidak menggunakan racun, bahan kimia atau apa-apa pengawet. Produk Amway juga mesra alam dan tidak menjejaskan ekosistem persekitaran.


Setiap produk dikilang dan diproses menggunakan teknologi terkini. Produk-produk Amway di jalankan R&D dan dipaternkan bagi menjaga kualiti dan standard yang paling tinggi.


Jimat dan Berkualiti


Memang jika dilihat dari harga, produk Amway dilihat mahal berbanding produk yang seangkatan dengannya.


Saya pun skeptikal pada awalnya.


Jom kita tengok contoh produk viral jugak iaitu Dish Drops, sejenis sabun basuh pinggan dengan harga ABO/APC dalam RM33 sebotol. Nampak mahal kan sebotol RM33. Namun dalam botol Dish Drops tu patinya. Ia perlu di cairkan sebelum digunakan. 


Ada orang cairkan pati Dish Drops dalam 6 hingga 12 botol yang berkapasiti 500ml. Maksimum yang boleh dicairkan adalah 20 ke 30 botol. Let say saya ambil 20 botol. So 1 botol jatuh harga dalam RM1.70 sahaja.


Lagi satu, kandungan Dish Drops ni adalah dari sumber organik. Jangan terkejut bila anda tengok demo cuci pinggan, buih sabun Dish Drops tu boleh dimakan. Saya tengok 1st time pun terkejut. Bertapa yakin dan tingginya kualiti produk yang Amway perkenalkan.


Money Back Guarantee


Amway anda offer "Jaminan wang dikembalikan untuk setiap pelanggan. 

Anda boleh pulangkan produk Amway yang tidak dihabiskan dan dalam keadaan baik dalam masa 90 hari dari tarikh pembelian. Nanti Amway akan pulangkan balik bayaran penuh.

Kenapa Amway buat jaminan money back guarantee ni?

Sebab Amway tahu ini adalah cara yang terbaik untuk pelanggan mencuba produk Amway tanpa sebarang risiko. 

Jika anda tak berpuas hati dengan produk, anda boleh pulangkan. Tiada pihak yang rasa tertipu dan dikhianati dalam urusan jual beli. Simple.

Kekayaan tu dituntut dalam agama.


Ini pendapat beribadi ye. Mungkin setiap orang berbeza-beza pandangannya. Bagi saya, lagi banyak duit yang kita ada, lebih banyak perkara yang kita boleh menyumbang kepada agama. 


Ingat lagi, bila ustaz cakap bila kita meninggal, bekalan kita yang kekal adalah amalan soleh dan doa anak-anak yang soleh. Harta memang tak boleh bawa mati namun amalan yang kita gunakan dengan harta boleh bawa mati.


Perasan tak setiap hari lepas solat kita berdoa "rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhiratihassanah..." Tahu tak maksud doa ni?


Rabbana atina fid dunya hasanah - kita minta kebaikan dunia

wa fil akhiratihassanah - kita minta kebaikan akhirat

wa qina azab annar - kita minta dilindungi dari azab api neraka.


Rupa-rupanya setiap hari pun kita berdoa untuk Allah, berikan habuan dunia dan akhirat kepada kita. Kita doa sungguh-sungguh agar Allah makbulkan doa ni.


Saya masih ingat lagi satu perkongsian dari seorang ustaz ketika join kuliah maghrib, dia kata ada 1 jenis cemburu yang dibenarkan Islam, iaitu kita cemburu dengan orang yang kaya, dia banyak duit dan dia rajin bersedekah. 


Cemburu lah dengan orang-orang sebegini, sebab dia menggunakan harta yang Allah bagi untuk jalan Allah. Semoga cemburu ini dapat menjadikan kita lebih terbuka minda untuk jadi seperti mereka satu hari nanti insya-Allah.


Sekian.

Post a Comment

أحدث أقدم